Ringkasan Syair Siti Zubaidah Perang Cina

Siti Zubaidah tinggal di Pulau Peringgi bersama bapanya, Pendeta Ulama. Pendeta Ulama dahulunya seorang raja tetapi menyedari kuasa dunia tidak bererti, menyerahkan takhta anaknya bagi beramal. Pendeta Ulama memberikan anak perempuannya pendidikan keugamaan yang baik.

Sultan Zainal Abidin, Sultan Kembayat Negara, kemudiannya berkahwin dengan Siti Zubaidah. Kembayat Negara merupakan sebuah negara yang besar dengan pelbagai dagang dari segala pelusuk rantau berkunjung kesitu.

Pada suatu hari, Kembayat Negara diserang oleh China, sebagai balasan penghinaan kepada salah seorang pedagang mereka. Serangan ini lebih kejam dengan penawanan Sultan Kembayat Negara oleh puteri China sebgai tahanan dan dibawa ke China.

Menyedari keadaan ini, Siti Zubaidah menyiapkan dirinya bagi menyelamatkan suaminya. Siti Zubaidah tinggal dilindungi oleh bapanya. Semasa kecil dia belajar Al-Quran dan pekara lain sebagaimana gadis lain. Tetapi apabila dicabar dengan kehilangan suaminya, dia memasuki dunia lelaki dan bersetia untuk berperang. Dalam perjalanannya, dia melahirkan anaknya seorang diri di dalam hutan dan meninggalkan anaknya yang kemudiannya diselamatkan dan dipelihara oleh Muhamad Tahir.

Dia menyamar sebagai askar dan menyertai perang melawan China. Dia berhadapan dengan banyak cubaan dalan usaha membebaskan suaminya. Keberanian dan cintanya yang mendalam bagi suaminya memberikannya kekuatan bagi memenangi peperangan. Dia akhirnya mendedahkan diri sebenar kepada Sultan Zainal Abidin dan kembali ke Kembayat Negara untuk bersatu dengan anak mereka.

Rujukan

WikiPedia: Syair Siti Zubaidah Perang Cina http://mcp.anu.edu.au/N/Zub_bib.html http://books.google.ca/books?id=45cm7uerKzwC http://www.persee.fr/web/revues/home/prescript/art... http://books.google.co.id/books?id=dtNx3QcEg_cC http://mymanuskrip.fsktm.um.edu.my http://mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenstone/cgi-... http://www.pnm.my/manuskrip/melayu/03koleksi/mss10... http://www.pnm.my/manuskrip/melayu/03koleksi/mss25... http://kitlv.library.uu.nl/index.php/btlv/article/... http://journals.cambridge.org/action//displayFullt...